Merdeka! merdeka! hari yang mulia.
Cukup kerap kita dengar ahli-ahli politik dan pihak-pihak yang tertentu mengatakan bahawa anak-anak muda zaman sekarang sudah tidak mempunyai semangat kemerdekaan. Mereka kata bahawa anak muda sekarang sudah lupa akan pahit getir dan keperitan yang dialami oleh mereka yang memperjuangkan kemerdekaan.
Setiap kali saya dengar keluhan tersebut, saya terfikir "Apa yang dimaksudkan oleh mereka, tentang anak muda yang telah lupa erti kemerdekaan?" Apakah caranya untuk membuktikan semangat kemerdekaan? Adakah semanagat kemerdekaan dapat ditunjuk dengan mengibarkan jalur gemilang? Adakah semangat kemerdekaan itu lahir dengan menyanyikan lagu Negaraku dengan keadaan berdiri? Adakah semangat kemerdekaan itu dilambangkan dengan mengikuti kawad hari merdeka? Sampai sekarang saya masih tidak pasti dengan apa yang mereka maksudkan dengan semanagat kemerdekaan.
Bagi saya, pihak pihak yang mengeluh inilah yang telah lupa tentang semangat kemerdekaan. Mereka inilah yang tidak dapat lihat semanagat kemerdekaan yang sedia ada di dalam hati dan sanubari anak-anak muda kita.
Semangat ini dapat dilihat pabila anak-anak muda berdiri tegak mempertahankan cara hidup mereka. Semangat kemerdekaan dapat dilihat apabila mereka menentang apa yang mereka rasa tidak betul. Semangat ini ada dimana-mana sahaja kita lihat.
Dan, semangat kemerdekaan ini tidak akan luput dari jiwa kita. Ianya sebati dalam darah daging kita, bagaikan garam di lautan.
Laut akan tetap masin selagi ombak memukul pantai.